My Followers

Rainy Bubble

Ketampanan dan kecantikan Nabi Yusuf a.s



Kisah Nabi Yusuf a.smendapat tempat paling istimewa dalam Al-Quran. Ada sebuah surah sepanjang 111 ayat yang dinamakan “Surah Yusuf”, khas menceritakan kisahnya. Tidak ada kisah lain yang diberi keistimewaan sebegitu dalam Al-Quran. Mari kita ikut sebahagian dari kisahnya, yang menceritakan semula dengan beberapa tambahan imaginatif, berdasarkan surah tersebut:

Di pintu mahligainya, Zulaikha menyambut para tetamunya dengan penuh mesra. Dia mempersilakan mereka mengambil tempat duduk masing-masing seperti yang telah disediakannya, iaitu kerusi-kerusi santai yang mewah. Buah-buahan segar seperti epal dan mangga telah sedia terhidang di atas meja.

Apabila semua tetamu telah duduk, khadam pun datang dengan penuh beradab, memberikan mereka sebilah pisau setiap seorang. Pisau-pisau itu semuanya tajam berkilat, kerana telah diasah khas untuk tujuan itu. Lalu Zulaikha pun mempersilakan mereka menikmati kidangan, dengan menggunakan pisau istimewa itu.

Ketika pisau sudah di tangan, saat itulah Zulaikha menyuruh Yusuf keluar memperlihatkan dirinya kepada para tetamu. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat Yusuf. Mereka terpegun , terpesona dan terpukau dengan suatu keajaiban ciptaan Allah S.W.T. Belum pernah mereka melihat sesuatu yang cantik dan indah seperti itu sebelum ini.

Tanpa mereka sedari, pisau yang tajam di tangan mereka telah menghiris jari-jemari dan tangan mereka sendiri. Mereka sangkakan memotong buah, padahal mereka memotong jari dan tangan sendiri. Darah menitik memerahi lantai, namun mereka tidak terasa pun sakitnya.

“Haasya lillahi. Maa Haazaa basyaran, in haazaa illaa malakun kariim.” Begitulah mereka berkata (seperti yang disebut di dalam surah yusuf,hujung ayat 31), dalam keadaan mereka ternganga dan seperti kebingungan. kata-kata mereka itu bermaksud: “Maha suci Allah, ini bukannya manusia. Ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia.”

Manusia tidak ada secantik itu, fikir mereka. Begitulah hebatnya Nabi Yusuf  – lelaki  yang kacak, tampan, handsome, cantik, macho.

“Hey, hey, hey! Apa hal semua ni? Tangan semua berdarah-darah ni, apasal? Ha? Cik puan, apasal ni? Berdarah-darah tangan ni, kenapa?” Zulaikha pura-pura bertanya, menunjukkan seolah-olah dia terkejut melihat keadaan tetamunya.

“Eh eh, saya terpotong jari saya, Ya Allah sakitnya, pedihnya aduuiii… tolong…” Mereka baru tersedar apabila ditegur. Waktu itu barulah mereka terasa sakitnya jari atau tangan yang dihiris dengan pisau.

Suasana menjadi riuh rendah dan kelam kabut oleh jeritan dan raungan kesakitan dan meminta tolong. Yusuf segera meninggalkan tempat itu. Maka ada juga wanita yang memanggil namanya, meminta supaya dia terus duduk bersama mereka.

“Zulaikha, suruhlah yusuf datang. Belum puas kami memandang dia. Panggillah dia Zulaikha.” Kedengaran seseorang merayu kepada Zulaikha.
“OOO…. sekarang baru korang semua tahu ya, siapa dia yusuf. Sebelum ini korang semua mengumpat aku, mengata aku macam-macam. Tergila-gilakan hamba sendirilah, itulah, inilah. haaa, sekarang siapa yang tergila-gilakan sampai terpotong jari dan tangan sendiri?” Zulaikha memulang paku buah keras kepada mereka.

“Ha, ini jari siapa ni?” Tanya Zulaikha apabila dia terpandang ada sepuntung jari yang putus, tergeletak di atas lantai itu. Dalam suasana kelam kabut dan lintang pukang itu, Zulaikha meminta perhatian para tetamunya, supaya mendengar penjelasan yang hendak dibuatnya.

“Cik puan-cik puan sekalian,” katanya. “Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi hadir menerima jemputan saya. Saya tahu ramai orang mengumpat dan mengata saya macam-macam. Pedih juga hati saya mendapat tahu begitu. Tapi saya faham, sebab apa puan-puan semua berkata begitu. Sebab puan-puan belum pernah bertemu dengan Yusuf. Itulah sebabnya saya menjemput puan-puan ke mari. Supaya puan-puan dapat tengok Yusuf dengan mata kepala sendiri. Setelah puan-puan tengok dia tadi, apa macam?”

“Cantik! Cantik sangat-sangat.” Kedengaran mereka memuji kecantikan Yusuf. Dan ada yang berkata: ” Tak puas. Nak lagi. Panggillah dia datang lagi.” tetapi Zulaikha menjawab mereka begini: “Cukup! Sekarang saya nak beritahu kamu semua – memang saya sukakan dia. Memang aku jatuh cinta dengan Yusuf. Aku hendakkan dia. Tetapi dia berkeras tidak mahu mengikut kemahuanku. tak apa, aku tahu apa aku akan buat. kalau dia berkeras lagi, penjaralah tempat dia. Biar dia rasa betapa hinanya diri dia, kerana tidak mahu ikut keinginan aku.”

Malam itu ketika melihat tetamunya pulang, Zulaikha berasa sangat puas. Apa yang terbuku di hatinya selama ini telahpun dilepaskannya. Dia berasa sungguh lega dan puas. Tetapi lain pula dengan Yusuf. yusuf kini semakin terdesak. Selepasa peristiwa di majlis keraian itu semakin ramai wanita yang berminat dengannya. Setiap hari ada sahaja yang datang menganggunya, bahkan ada yang mengajak Yusuf kahwin. keadaan ini sangat merimaskan. Dia bimbang kalau-kalau akan terjebak ke dalam perangkap syaitan tanpa dia sedari.

Yusuf benar-benar terdesak. Jadi, apakah pilihannya?

Sebagai seorang Nabi yang sentiasa memelihara hatinya agar tdak melupai Allah, pilihan Yusuf hanya satu, iaitu mengadu kepada Allah S.W.T. Yusuf mengadu kepada Allah S.W.T (Surah yusuf ayat 33) begini: “Tuhanku, aku lebih suka penjara daripada mengikut kehendak mereka. Namun jika engkau tidak jauhkan aku dari godaan mereka, nescaya rebahlah aku kepada mereka, dan jadilah aku termasuk golongan orang-orang jahil.

yusuf memilih penjara, dan menolak asmara. Dengan pilihannya yang bijak ini, dia sekali lagi berjaya menghadapi ujian dalam hidupnya. Allah mendengar doa dan aduan hambanya yang ikhlas. Dia memperkenankan doa Nabi Yusuf, lalu menjauhkan dari godaan para wanita yang terpedaya oleh syaitan. Akhirnya Nabi Yusuf dipenjarakan.

Gunalah kamera awak dengan sebaik2 nya,Ambillah gambar kebesaran Allah :D

No comments:

Post a Comment

Tak nak Komen Ke??